Fan Page

Tuesday, 15 May 2012

Bagaimana Menangani Pemimpin Yang Zalim Menurut al-Quran dan Hadis?

Kembalilah kepada al Qur'an dan al Hadith jika terdapat perbezaaan pendapat,

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul-Nya (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
 [an Nisa:59]

Dalil al Quran mengenai pemimpin yang zalim

Dalil 1

Kaedah al Qur'an menangani pemimpin yang zalim, didahului dengan ayat yang menceritakan bagaimana sezalim-zalim pemimpin, iaitu Fir'aun diturunkan kepada Bani Israil akibat daripada maksiat yang dilakukan oleh orang-orang Bani Israil itu sendiri.

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.”

[Surah al An`am: 129]

Tafsiran ayat ini adalah,

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka (rakyat) sendiri hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.

[Syarh al `Aqidati at Tohawiyah, juz 2, hal. 542]

Dalil 2

Kaedah dakwah yang lemah lembut dan bebas daripada caci-mencaci telah diterangkan oleh Allah untuk Nabi Musa dan Nabi Harun ketika mereka mahu berdakwah kepada Fir'aun (sezalim-zalim pemimpin sehingga mengaku dirinya Tuhan).

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut.”

[Toha:44]

Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada seorang wa’izh ( pemberi nasihat ) datang kepada khalifah Harun al rasyid. Orang itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka sang khalifah berkata : “Ingatlah bahwa aku tidak lebih buruk daripada Fir’aun dan engkau tidak lebih baik daripada Musa as, sedangkan Allah telah memerintahkan Nabi Musa untuk berkata kepada Fir’aun dengan cara yang lemah lembut”. Kemudian Harun Al Rasyid membaca surah Taha ayat 44 tersebut.

Dalil 3

Allah menyuruh kita,

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

[Fushshilat :33-34]

Tolak amal kejahatan dengan sikap yang lebih baik, seperti (menolak) kemarahan dan kejahilan dengan kesabaran, dan membalas dendam dengan memaafkan. Dengan hal itu, mereka yang yang bermusuhan itu akan menjadi seperti kawan baik jika kamu bertindak seperti (cara yang lebih baik) itu.

[Tafsir Al Jalalain]

Dalil 4

Kaedah berhikmah dan pelajaran yang baik,

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”

[an-Nahl : 125]

Dalil 5

Kaedah agar jangan berkasar dan keras hati,

“Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..”

[ali Imran:159]

Dalil al Hadith kaedah menasihati pemimpin Islam yang zalim

Dalil 1

Rasulullah saw bersabda,

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya.”

[Bukhari]

Dalil 2

Rasulullah saw bersabda,

“Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu.”

[HR al Bukhari dan Muslim]

Dalil 3

"Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka daripada kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan.”

[HR Muslim]

Dalil 4

“Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu.”

[HR al Bukhari dan Muslim]

Dalil 5

“Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat.”

[HR Ibn Hibban, sanadnya hasan]

Dalil 6

"Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun dia jahat.”

[Diriwayatkan oleh al Baihaqi dengan sanad yang sahih]

Dalil 7

Kata-kata Khalifah ar Rasyidin ini disokong oleh sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah akan mengukuhkan agama ini (Islam) dengan orang yang jahat.”

[HR al Bukhari]

Rasulullah s.a.w. sudah pun mengetahui bahawa selepas kewafatan baginda, umat Islam akan dipimpin oleh orang-orang yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana kita menghadapinya sudah pun diajarkan caranya oleh baginda dalam banyak hadith-hadith sahih, iaitu dengan membaiki keadaan ummat itu secara keseluruhannya. Daripada rakyat biasa, pertengahan dan peringat atasan.

Dalil 8

Dari Abu Musa r.a. ia berkata :

“Rasulullah saw. setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “Berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”.

[Muslim]

Dalil kaedah para Sahabat menangani pemimpin Islam yang zalim

Kaedah para sahabat menangani permasalahan pemimpin yang zalim dan pembunuh sahabat, iaitu Hajjaj bin Yusuf.

Dalam Shahih Bukhari no. 1660, 1662 dan 1663 disebutkan bahwa sahabat ‘Abdullah bin Umar radhiyallahuannhu pernah salat dengan bermakmum kepada al Hajjaj bin Yusuf ats Tsaqafi. Padahal al Hajjaj adalah seorang yang fasik dan bengis, sementara Abdullah bin Umar radhiyallahuannhu adalah seorang sahabat yang sangat hati – hati dalam menjaga dan mengikuti sunnah Nabi SAW.

Al Hajjaj adalah seorang amir yang zalim, dia menjadi amir di Irak selama 20 tahun dan dialah yang membunuh Abdullah bin Zubair bin ‘Awam di Makkah. Hajjaj mati tahun 95 H (Taqribut Tahdzib no. 1144 dan Tahdzibut Tahdzib II/184-186 oleh al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalany)

Demikian juga yang dilakukan oleh sahabat Anas bin Malik radhiyallahuannhu yang juga bermakmum kepada al Hajjaj bin Yusuf.

Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia berkata: "Janganlah kamu menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku." (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq.)  [HR Bukhari] 

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya”. [HR Tirmidzi] 

Para-para sahabat ra yang mulia ini cuba menghalang wujudnya fitnah sesama ummat Islam lebih daripada kepentingan diri mereka sendiri, di samping menegur dengan berhemah terhadap pemimpin yang zalim dan bersabar menanggung ujian tersebut.

13 comments:

Abu Nafis said...

Dalam Fadhail Amal ada menceritakan kisah sahabat Nabi yg menentang Hajaj iaitu Abdullah ibnu Zubair. Tak lupa juga cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussin bin Ali yg bangun menentang pemerintah begitu juga Said bin Jubair hmmmmmm......

Abu Nafis said...

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : “Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku”


Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:

أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر

Mafhum : “Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim”

Abu Nafis said...

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]

Khairy Tajudin said...

Ya. Saya suka dengan hujah-hujah tuan itu. Meskipun begitu, lihatlah kepada realiti negara dan pemimpin sekarang ini. Adakah mereka sezalim Hajjaj as-Saqafi? Jika sezalim Hajjaj as-Saqafi pun, belum ada saya dengar ulama yang 'mengkafirkan'nya...Dan jangan lupa, di sebalik kezalimannya, dia juga berjasa pd agama iaitu meletakkan TANDA BACA dalam al-Quran...sampai sekarang, kita boleh baca al-Quran dengan baik...

Selain itu, tujuan menegur pemimpin bertujuan untuk menyelamatkan agama, bukan untuk tujuan peribadi dan menaikkan nama sendiri..

Jadi, lihatlah pada diri kita. Sejauh mana amalan buruk kita dan kerana amalan buruk itu, kita mendapat pemimpin yang kita tidak suka.

Wallahua'lam..Jangan gaduh-gaduh.

ibnuishak said...

Kagum dengan post saudara..
Indah sungguh ajaran agama Islam, membaca dalil2 kat atas membuatkan rasa rindu pada Rasulullah makin mendalam..

tmalya said...

The Dua which was revealed For Seeking Forgiveness for Hazrat Yusuf’s (Alaihis Salaam) Brothers
My friends! I was saying that Hazrat Ya’qoub (Alaihis Salaam) made dua for 20 years to Allah Ta'ala to forgive his sons. Since they were after all his children, he made dua with great feeling and love. “O Allah! My son Yusuf (Alaihis Salaam) has forgiven his brothers who oppressed him. You also forgive them. Send down revelation to this effect so that I can place my children in ease. My children have this fear that you should not apprehend them on the plains of resurrection.
In tafsir, Ruhul Ma’aani, in the commentary of Surah Yusuf, Allamah Alusi As-Sayyed Mahmood Baghdadi (Rahmatullah Alaihe) states, “after twenty years, Hazrat Jibrail (Alaihis Salaam) descended and said, “your dua has been accepted. Allah Ta'ala has forgiven the brothers of Yusuf (Alaihis Salaam) who had oppressed him.” Then Hazrat Jibrail (Alaihis Salaam) said to Hazrat Ya’qoub (Alaihis Salaam), “come forward”.
فَقَامَ الشَّیْخُ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَۃَ وَقَامَ یُوْسُفُ عَلَیْہِ السَّلَامُ خَلْفَہٗ وَ قَامُوْا خَلْفَھُمَا
“Hazrat Ya’qoub (Alaihis Salaam) stood up and faced the direction of the Qiblah. Hazrat Yusuf (Alaihis Salaam) stood behind him, and all the brothers stood behind them.”
Then Hazrat Jibrail (Alaihis Salaam) taught him the following dua which he had brought from the heavens:
یَا رَجَاءَ الْمُوْءمِنِیْنَ لَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا
“O the Hope of the believers! Do not break our hopes! You alone are our final hope. You are our final refuge.”
Finally, man has to run to Allah Ta'ala alone. Even after sinning, man has to return to Allah Ta'ala crying, “O Allah, save me.”
یَا غِیَاثَ الْمُوْءمِنِیْنَ اَغِثْنَا
O the Hearer of the believer’s supplications! Listen to our supplication
یَا مُعِیْنَ الْمُوْءمِنِیْنَ اَعِنَّا
O the Assistant of the believers, assist us
یَا مُحِبَّ التَّوَّابِیْنَ تُبْ عَلَیْنَا
O the Being who loves repenters! Accept our repentance
Because Hazrat Yusuf’s (Alaihis Salaam) brothers had sought forgiveness, they immediately received the news through Hazrat Jibrail (Alaihis Salaam) that all had been forgiven.

(Extract from The Rights of Family Members
By: Shaikh ul Arab wal Ajam Hazrat Maulana Shah Hakeem Muhammad Akhtar Saheb )
p/s:Ambil pelaran dari kisah ini

miftah said...

Nice post

Ibnu Abdul Rosyid said...

Terima kasih telah posting tafsir ayat yang bermanfaat ini..

Ibnu Abdul Rosyid said...

Terima kasih atas postingannya yg bermanfaat..

Anonymous said...

Saya ingin bertanya pada saudar khairy berkaitan dgn isu semasa... Contohlah skrg... Di syria... Basyar asad telah mngaku tuhan dn membunuh sesiapa yg tdk bersujud ke atas gmbrnya... Lalu wujud pemberontakan dan perang (secara ringkas).... Apakah pemberontakan dn perang salah??? Saya bersetuju dgn pendapat tntg kita wajib taat amir... Tpi adakah tiada hak langsung rakyat terhadap pemimpinya??? Klu hajaj dia islam.... Tetapu klu di syria?? Adakah keluarga yg kematian anak tiada hak??? Adakah hukum hudud Allah tidak jtuhvke atas pemimpin?? Bagaimana jika pemimpin itu sendiri meggunakn tipu helah untuk tidak dihukum?? Adakah rakyat tiada hak menentang?? Diman keadilan.... Saya bertanya kerana jahil....

Khairy Tajudin said...

Saya menjawab seperti mana yang dijawab oleh Asy-Syahid Dr Ramadhan al-Buty.

Beliau menasihati rakyat agar tidak menentang kerajaan kerana musibah yang datang lebih teruk.

Tapi, apabila rakyat bangun menentang, lebih banyak pertumpahan darah yang berlaku.

Di sini, memang betul pemimpin tu zalim tetapi mudarat yang datang itu lebih besar kerana berlakunya pertumpahan darah.

W'alam

abu bakar said...

memang salah menentang kerajaan, apakah hussin menentang kerajaan dengan tujuan yg jelas, sebab nabi sendiri menyebutkan kesyahidan ketua pemuda syurga ini dan tentang kedudukannya yang kontroversi antara sunni dan syiah, tentang said b jubir beliau merupakan seorang tokoh yang hebat tetapi kaum sunni jarang membincangkan mungkin kerana beliau seorang syiah- beliau menjadi punca kematian hajaj-tidak syak lagi pendiriannya begitu hebat didepan penumpah darah ini telah menyebabkan hajjaj menjadi gila, beliau bersama seorang syiah lagi iaitu kumayl b ziyad dilaporkan mengetuai perang jumajen

Anonymous said...

menentang hukum Allah lagi besar dosanya lagi hebat bala dari Allah semua kena.pemimpin boleh ditukar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share On Facebook